MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MGG-P12/0523

DILEMA SEORANG PRESIDEN

(MCA Crisis: The Culling of The President ~ MGG Pillai)

Presiden MCA, Dato Seri  Dr. Ling Liong Sik telah memberitahu betapa beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan. Majlis tertinggi MCA pula telah meminta beliau menarik-balik hasrat itu dan terus berkhidmat seperti sediakala.  Hari ini (23 Mei 00) Dr. Ling enggan menyatakan samada dia sudah melepaskan jawatannya, akan menghadiri mesyuarat kabinet esok dan akan mengadakan satu persidangan akhbar  selepas berakhirnya mesyuarat kabinet itu. Nampaknya dia belum melepaskan jawatannya lagi.

Di waktu yang sama Nanyang Siang Pau telah membuat laporan betapa  seorang tokoh korporat bernama Dato John Soh Chee Wen telah ditahan di sebuah negara Afrika dengan menggunakan waran  pihak Interpol. Kalaulah dia dihadapkan ke mahkamah, laporan polis yang dibuatnya sebelum ini yang membabitkan Mr. Lim Hee Liong, anak presiden MCA itu sudah tentu akan  menjadi berita hangat.  Laporan yang mengatakan Dato Soh telah berunding dulu dengan pihak berkuasa Malaysia mungkin membabitkan Dr. Ling dan juga anaknya.  Dr. Ling pernah melantik Dato Soh sebagai ahli majlis tertinggi parti sebaik sahaja beliau berkawan rapat dengan anak beliau. Tetapi Dato Soh telah disingkirkan sebaik sahaja persahabatan itu menjadi basi.  Dr Ling masih bergantung harap kepada sokong perdana menteri. Tetapi, sudah ada berita yang mengatakan betapa kumpulan yang mengganyang Dr. Ling sekarang sudah pun mendapat persetujuan sulit daripada Perdana Menteri. Peranan Dr. Ling membolehkan seorang 'bin Mahathir'  menguasai Westport di Port Kelang dan pembabitan anaknya seperti yang telah dirancangnya dulu, mungkin memburukkan keadaan pula.

Kita memandang krisis ini berpunca daripada tragedi permusnahan khinzir di Bukit Pelanduk.  Virus yang dipanggil Nipah (atau pun apa sahaja nama lainnya)  telah meragut nyawa dan punca kehidupan  kaum Cina di Negeri Sembilan.  Tetapi, MCA telah memeram pampasan selanjutnya sebagai satu cagaran agar kaum Cina  tidak menyokong pihak pembangkang di pemilu yang lalu. Kaum Cina yang terbabit telah menunaikan janji mereka, tetapi pampasan itu tidak pula dibayar oleh MCA seperti yang mereka janjikan.  Sejumlah RM40 juta yang dikutip dari masyarakat ramai didapati hilang kini. Sebuah kawasan seluas 200 hektar di Sepang yang diperuntukkan kepada penternak Khinzir itu telah ditukar-taraf menjadi kawasan perindustrian dan dijual pula dengan harga RM200 juta. Wang yang diperolehi masih tidak dilunaskan kepada para penternak Bukit Pelanduk yang malang. Timbalan presiden MCA Dato Seri Lim Ah Lek telah mengungkit perkara ini dengan Perdana Menteri dan menunjukkan beberapa resolusi mesyuarat yang mahukan Dr. Ling bertanggungjawab ke atas RM240 juta yang hilang itu. Apabila Perdana Menteri menunjukkan fakta itu kepada Dr. Ling dia telah berpatah balik dan memperlekehkan timbalannya.  Sebagai seorang lulusan sekolah berasrama pilihan di Britain, timbalan presiden yang ketika itu menjadi menteri sumber manusia telah meletakkan jawatannya.

Kabinet telah membuat arahan agar para penternak khinzir di Bukit Pelanduk itu diberikan pampasan mengikut yang dijanjikan, minggu depan. Jumlah pampasan sudah menjadi RM70 per ekor dan tidak lagi RM200 seperti yang digembar-gemburkan dulu. Seperti biasa tragedi yang menghimpit insan sudah pun dilupakan. Yang menjadi mangsa terus dengan kehidupan  mereka tanpa sebarang harapan, bantuan wang ataupun masa depan yang menjanjikan sesuatu. Tetapi, Dato Seri Lim Ah Lek mahu Dr. Ling bertanggungjawab ke atas RM240 juta itu dan menyatakan alasan kenapa  wang itu tidak dibayar satu ketika dulu seperti yang dijanjikan.  Berita penangkapan Dato Soh sudah tentu menggugat Dr. Ling lagi. Dia masih percaya betapa adanya satu kumpulan yang mahu dia bersengketa dengan Perdana Menteri. Kerana itu dia mahu terus melawannya. Perdana Menteri pula tidak bersedia menyimpan seseorang dalam kabinetnya, betapa sayangnya beliau terhadap orang itu. Dia pasti tidak mahukan kehadiran orang itu menggugat kedudukannya.

Kemungkinan harta karun yang dibalun oleh anak Dr. Ling tentunya akan merupakan agenda penting yang  merunsingkan perdana menteri. Dr. Ling pula sudah  yakin betapa selepas menerajui kepimpinan parti selama 14 tahun  para wakil rakyat Cina memenangi kerusi mereka bukan disebabkan undi orang Cina, tetapi disebabkan undi orang Melayu. Apa yang telah didedahkan oleh Dr. Ling bukannya berasaskan penyingkiran penyokong Dato Seri Lim dalam kabinet. Dia mempunyai alasan yang lebih hebat lagi. Tetapi, setakat ini dia hanya bersedia memberi alasan dalam bentuk lamanya beliau berada dalam kabinet itu. Tetapi, mampukah beliau terus menjadi presiden sebuah parti di mana ahli majlis tertingginya sudah pun meragui  kepimpinannya itu?. Dr. Ling perlu memberitahu tindakannya itu. Kalau tidak sekarang dia mesti lakukan semua itu dalam persidangan parti di akhir tahun nanti.  Nampaknya presiden MCA sedang menghadapi satu dilema. Dia seakan-akan  sudah hampir mendekati  tempat pemusnahan seperti yang pernah dilakukan secara kejamnya terhadap khinzir-khinzir yang pernah satu ketika dulu menghuni Bukit Pelanduk itu.

Diterjemahkan oleh -MT-
23 Mei,2000

 counter.bloke.com